Breaking News
Home » Berita » Biggest Merdeka Summernats Bicycle Gathering

Biggest Merdeka Summernats Bicycle Gathering

Biggest Merdeka Summernats Bicycle Gathering , Perhimpunan Basikal Terbesar Merdeka Summernats – JPM Motorsports dengan kerjasama festival automotif terbesar dari Australia akan menganjurkan acara Summernats. Merupakan singkatan daripada ‘Summer Nationals’, ia adalah sebuah festival jentera jalanan yang dianjurkan sebagai acara tahunan Australia yang antara lain turut mempamerkan budaya kustom automotif di sana. Acara ini akan dibawa ke Malaysia dengan litar SIC Sepang bakal menjadi venue.

Selain dari acara kereta dan motosikal , turut akan diselitkan dengan Perhimpunan Basikal Terbesar Summernats yang akan diadakan pada 31 Ogos 2014. Mengikut info laman Summernats , pendaftaran peserta basikal adalah percuma jika mendaftar sehingga 8 Ogos 2014 dan akan dikenakan bayaran RM50 jika mendaftar pada 9 Ogos 2014 dan seterusnya.

Peserta Himpunan Basikal Terbesar Summernats atau Biggest Merdeka Summernats Bicycle Gathering akan berkayuh di SIC Sepang International Circuit selama dua jam tanpa had jarak. Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila ke BIGGEST MERDEKA SUMMERNATS BICYCLE GATHERING

Berbagai acara lain akan berlangsung , Layari www.summernats.com.my untuk maklumat lanjut berkaitan acara ini dari semasa ke semasa. Summernats Malaysia bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 29 hingga 31 Ogos ini.


Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *