Home » Berita » Bidaan WWW 1 Catat Rekod Tertinggi | Keputusan Bidaan

Bidaan WWW 1 Catat Rekod Tertinggi | Keputusan Bidaan

Keputusan Bidaan WWW | Bidaan WWW Catat Rekod Tertinggi – Nampaknya ramai yang berminat dengan nombor pendaftaran kenderaan WWW.Apa tidaknya sebab 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta.Paling menarik perhatian adalah bidaan keatas nombor plat pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000.Selain itu nombor WWW 333 turut menjadi perhatian apabila menjadi nombor terbanyak yang dibida.

Keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini, dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.Nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *