Breaking News
Home » Uncategorized » Bicara Jumaat : Jangan Suka Mencaci

Bicara Jumaat : Jangan Suka Mencaci

Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan
sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat ayat 11)

Berdasarkan firman di atas jelaslah bahawa sikap suka memburukkan orang lain dan memaki hamun ikut sedap mulut adalah sesuatu yang tidak sepatutnya di lakukan oleh seorang yang beriman.Hanya kerana sedikit kelebihan yang ada pada kita, terus kita memandang rendah pada orang lain.Padahal adakah kita tahu di sebalik kekurangan orang itu terselit banyak kelebihan yang kita tak tahu.

Jadi sebagai manusia atau orang Islam khususnya hendaklah kita menjaga hubungan baik sesama kita.Jika berlaku sebarang ketidak sefahaman hendaklah di selesaikan secara perbincangan dan jangan tanpa usul periksa terus membuat bermacam macam tuduhan.Kekadang akan sampai berlaku caci maki dan pergaduhan yang akhirnya tak dapat menyelesaikan masalah.

Eloklah kiranya kita mempunyai sikap berbaik sangka dan mudah memaafkan sesama dari kita terus mencaci maki hamun sesama sendiri kerana ianya di larang di dalam Islam.

Lawat Juga CINTA SEUSIA KITA di Monolog Aku Dan Sesuatu

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

6 comments

  1. good info 😉

  2. yup! jangan gatai-gatai nak mencarut… semua hari pun sama! Hehehe..

    Buat Duit Tanpa Tingkat Trafik

  3. Setuju..mencaci mencacatkan peribadi kita. Namun sesetengah orang mencaci dah jadi hobi bagi mereka..seronok sgt.

  4. hhmmm…kalau kite burukkan org…seribu org lg burukkan kite…betul tak?

    bgus info ni…tq kiz…

  5. memang seronok kutuk orang..lebih kurang kalau makan orang lain yang bayar..kalau pukul orang..orang tak melawan…

  6. mulut memang berbisa…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *