Breaking News
Home » Bicara Blogger » BICARA BLOGGER Puteri Kasih Tercipta Bicaraku Di Sini

BICARA BLOGGER Puteri Kasih Tercipta Bicaraku Di Sini

Kembali kita dalam segmen BICARA BLOGGER.Kali ini kita bersama blogger yang ke empat dan yang pertama tahun ini.Mari kita kenali blogger Puteri Kasih dan selami pandangan dan pendapat beliau.Jom terus skodeng.

BICARA BLOGGER Puteri Kasih Tercipta Bicaraku Di Sini

MySensasi : Blog Puteri Kasih menggunakan tag line “Tercipta Bicaraku Disini”, apakah sebenarnya yang cuba Puteri Kasih gambarkan melalui tag line ini.
Puteri Kasih : Sebenarnya maksud tagline tercipta bicaraku disini ialah segala luahan puteri, puteri coretkan di blog. blog menjadi pentas untuk puteri berkongsi segala apa yang puteri nak sampaikan kepada pembaca.

Mysensasi: Blog Puteri Kasih ada menyiarkan beberapa siri e-novel,boleh Puteri Kasih ceritakan bagaimana Puteri Kasih mendapatkan idea untuk mendapatkan cerita yang menarik?
Puteri Kasih : Cara puteri buat e-novel ni mungkin agak berlainan dengan penulis lain, sebab puteri tiada jalan cerita yang dah set. Setiap hari puteri akan mengadap laptop untuk menulis satu bab, time tu memang tak ada jalan cerita pun. Bila mengadap lappy baru je mula menaip, apa sahaja yang muncul dalam minda time tu, ha begitulah sambungan cerita yang akan terhasil. Idea-idea lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling dan juga yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Mysensasi : Pada pendapat Puteri Kasih,adakah fan page facebook berfungsi dalam membangunkan sebuah blog?
Puteri Kasih : Puteri rasa fanpage FB sebenarnya mampu membangunkan blog sekiranya seseorang itu pandai menarik minat orang dengan melebihkan komunikasi dan mengepos status yang menarik dan berkaitan dengan entri blog.

MySensasi: Pada pendapat Puteri Kasih,antara entri secara formal dan entri secara santai ,yang manakah yang mudah untuk difahami dan diterima pembaca.
Puteri Kasih : puteri rasa entri secara santai lebih mudah untuk diterima dan difahami pembaca. ini berdasarkan pada pemerhatian puteri juga. Puteri pernah mencuba kedua-duanya iaitu entri formal dan entri santai dan hasilnya entri santai lebih mendapat komen dan feedback dari pembaca. mungkin sebab entri santai ni jenis pembacaan yang ringan dan tak membebankan minda.

MySensasi : Kata-kata dan harapan Puteri Kasih kepada pembaca blog PuteriKasih.com ?
Puteri Kasih : puteri nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjadi pembakar semangat untuk puteri terus berblog dan juga puteri berharap agar pembaca-pembaca blog puteri akan terus setia dan terus menjadi pemanis dan penyeri di blog puteri.

Terima kasih juga kat bro sebab sudi nak menanyakan puteri soalan. terasa macam masuk rancangan tv la plak…hahaha

Untuk lebih kenali Puteri Kasih jom kita ke blog beliau di puterikasih.com

Check Also

BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

Assalammualaikum,kembali lagi kita dalam segmen BICARA BLOGGER.Kali ini kita bersama seorang lagi blogger yang memang …

7 comments

  1. bicara ekslusif ni..nanti nak ziarah

  2. akak tak pernah ada fan page..:p

  3. aku nk review cenggini gak.uhuk3

  4. steady laa.. mcm interview artis ^^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *