Breaking News
Home » Bicara Blogger » BICARA BLOGGER Bersama PCB Pak Cek Biola

BICARA BLOGGER Bersama PCB Pak Cek Biola

Bicara Blogger Bersama PCB

Kembali dalam segmen Bicara Blogger. Kembali dengan blogger yang kelima. Kali ini dengan seorang blogger lelaki iaitu Rozuan aka PCB.Apa itu PCB..jom kita baca temubual dengan PCB..

BICARA BLOGGER Bersama PCB Pak Cek Biola

MySensasi : Apakah maksud di sebalik Pak Cek Biola ?
PCB : Sebenarnya tiada maksud mendalam berkaitan dengan nama blog ” Pak Cek Biola”. Ramai orang salah anggap bahawa saya sudah berusia kerana panggilan ” Pak Cek”. Saya baru berusia 22 tahun pada tahun ini. Panggilan Pak Cek itu sekadar suka-suka dan ejaan dia nampak lebih klasik. “Biola” merupakan alat muzik yang pernah saya pelajari. Namun,kerana sibuk dengan aktiviti harian, sudah lama saya tinggalkan bermain “Biola”. Saya gemar mendengar lagu orkestra dengan alunan biola yang sangat merdu. Di blog, saya kini lebih gemar dikenali sebagai PCB (singkatan bagi Pak Cek Biola).
 MySensasi : Apakah ciri-ciri yang Rozuan utamakan dalam menulis entri blog?
PCB : Terdapat beberapa ciri yang PCB utamakan dalam menulis entri blog. Pertama ialah cara penulisan. PCB akan variasikan cara penulisan mengikut entri yang digunakan. Adakalanya serius, adakalanya santai. Semuanya bergantung pada entri tersebut.Kedua, isi entri. Biasanya PCB akan buat draft secara kasar dahulu sebelum membuat sesuatu entri supaya isi tidak lari daripada apa yang ingin diperkatakan. Rangka sangat penting bagi menjadikan sesuatu entri itu padat dan berinformasi.Ketiga, penggunaan grafik atau gambar. Pembaca biasanya tidak gemar untuk membaca ayat yang panjang speerti karangan dan lebih gemar melihat gambar. PCB akan cuba gunakan gambar yang menarik bagi memikat hati para pembaca.
MySensasi : Dalam Blog anda ada membuat segmen SEGMEN ANDA BIJAK | UJI TAHAP GEOGRAFI ANDA.Pada pendapat Rozuan,adakah segmen dapat membantu perkembangan blog ?
PCB : PCB hanya menganjurkan segmen setelah PCB merasakan blog PCB sudah stabil termasuk dengan bilangan pembaca dan pengunjung. Segmen ini diadakan bukan sekadar benda kosong, tetapi untuk kebaikan bersama. Kadang-kadang kita sibuk menulis entri dan pembaca membaca entri kita, seolah-olah hanya ada komunikasi satu hala. Bila kita buat segmen, mereka dapat join dan kalau mereka menang, kita memberi sedikit saguhati. At least, kedua-dua pihak mendapat kebaikan bersama. Jadi, tak rugi untuk buat segmen dengan harapan dapat merapatkan lagi hubungan kita dengan para pembaca.
MySensasi : Rozuan mungkin telah lama menulis blog,apakah kepuasan sebenar dalam menulis blog ini.
PCB : Kalau nak diikutkan, PCB sudah menulis blog sejak Oktober 2009. Kepuasan sebenar dalam blog bagi PCB adalah apabila PCB dapat mencabar diri sendiri untuk menulis blog dalam pelbagai genre. Sebelum menjadi seorang blogger, PCB hanya berminat untuk mengetahui beberapa perkara yang diminati. Namun, setelah menjadi seorang blogger, PCB belajar banyak benda kerana PCB perlu buat entri mengenai pelbagai genre bermula dari isu lelaki, isu wanita, isu kekeluargaan, keibubapaan, makanan, hiburan, isu semasa, info, tips blog, tips cinta, keagamaan, sukan dan pelbagai lagi. Jadi, secara tidak langsung dapat mencabar diri PCB untuk sentiasa update tentang pelbagai perkara.Selain daripada itu, kepuasan bagi PCB ialah apabila pembaca suka baca entri blog PCB dan sentiasa memberi semangat untuk PCB terus menulis. Bagi PCB, pembaca adalah kekuatan bagi PCB kerana seorang blogger menyediakan entri untuk dibaca oleh pembaca. Jadi, segala komen, kritikan, pandangan dan cadangan yang diberikan perlu diambil bagi membuatkan entri yang akan datang lebih menarik minat para pembaca.
MySensasi : Kata kata dan harapan Rozuan buat pembaca blog Pak Cek Biola?
PCB : Buat semua pembaca blog PCB sama ada yang suka komen ataupun sekadar “silent reader”, terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana dengan sokongan anda semua, PCB masih lagi bertahan dalam dunia blog sehingga kini. Harapan PCB agar pembaca smeua tetap menyokong PCB dari belakang. Doakan PCB akan terus berjaya dalam dunia blog dan dapat menghasilkan entri yang berkualiti untuk anda semua.

Jom terjah blog PCB,mana tahu anda akan dapat sesuatu yang berbeza dari yang lain..

Untuk yang berminat sertai segmen ini klik SINI.

Check Also

BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

Assalammualaikum,kembali lagi kita dalam segmen BICARA BLOGGER.Kali ini kita bersama seorang lagi blogger yang memang …

7 comments

  1. TQ ye.. selamat dtg ke blog saya =D

  2. Rozuan, orang lama dalam dunia blogger ni. TAHNIAH!

  3. tq eqbalzack. lagi senior dri sy

  4. Dah terjah hehe..

  5. Azhafizah[フィザ]

    akan menerjah Pak Cek Biola ni.^__^

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *