Breaking News
Home » Bicara Blogger » BICARA BLOGGER Lyssa Faizureen

BICARA BLOGGER Lyssa Faizureen

Kembali lagi kita berkenalan dengan seorang lagi sahabat blogger kita Lyssa Faizureen.Mungkin ramai yang telah mengenali blogger ini.Dimana blog beliau banyak berkongsi tips dan tutorial.Jadi jom kita layan pandangan atau pendapat Lyssa dalam BICARA BLOGGER kali ini.

Bicara Blogger Lyssa Faizureen
BICARA BLOGGER Lyssa Faizureen

MySensasi : Blog Lyssa adalah antara blog yang agak mendapat sambutan pembaca,bolehkah Lyssa kongsikan sedikit tips sebagai rujukan blogger lain?.
Lyssa : Boleh . Tak salah pun . hee . Kalau nak dikatakan blog Lyssa ni mendapat sambutan .. Rasanya tak kot . Sebab ada lagi blog yang mendapat sambutan yang lebih baik . Ok . Bagi pendapat Lyssa , jika kita mahukan blog kita mempunyai pembaca yang ramai , penulisan itu penting . Gaya penulisana kita dan info yang menarik sangat disukai oleh pembaca . Lagipun , blog Lyssa dikenali ramai pun disebabkan tutorial Lyssa tu lah . Ramai yang suka akan tutorial yang Lyssa buatkan untuk para bloggers mencantikkan blog mereka . Bagi mereka , tutorial paling senang nak faham (!) . Ehh , betul kerr ? haha . Selain entry yang membawa manfaat , blog yang cantik pun membawa pengaruh kepada pembaca untuk terus datang dan singgah ke blog kita .. 🙂

Mysensasi : Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah blog untuk menjadi blog yang baik dari pandangan Lyssa?
Lyssa : Bagi Lyssa , semua bloggers boleh mempunyai blog yang baik . Cuma mereka perlu mencari identiti mereka sebenar dan tujuan mereka berblog . Ciri-ciri yang perlu ada ?? Seperti soalan yang pertama , gaya penulisan kita teramat lah penting . Sebagai contoh, menggunakan perkataan ‘short form’ amatlah tidak digalakkan . Ini memudahkan lagi pembaca untuk faham apa yang cuba kita sampaikan . Selain itu , untuk menghasilkan blog yang baik , seelok-elokya , sampaikan lah entry yang membawa manfaat kepada semua orang . Bagi Lyssa , blog yang penuh dengan tips dan informasi amat disukai ramai . Bukanlah Lyssa maksudkan blog personal tak bagus , jika disampaikan dengan ayat2 yang kreatif , tidak mustahil blog tersebut akan menjadi tarikan ramai 🙂

Mysensasi : Pandangan Lyssa tentang dakwaan penulis blog cantik antara daya penarik blog?
Lyssa : Errr . Lyssa tak rasa penulis blog cantik antara daya penarik blog ! Bagi Lyssa , jika entry seseorang tu menarik , pandai mempromosi blog sendiri , lagilah menarik pembaca untuk ke blog mereka. . Kalau penulis yg cantik , tapi entri tak berapa nak best , tak guna jugakkk . Contohlah .. Lyssa tengok ada jugak blog yang maju , tapi , tidak dipaparkan wajahnya di blog atau di laman sosial yang lain . Boleh jugak , maju ! hehe .

Mysensasi : Selalunya entri jenis apakah yang menjadi pilihan Lyssa untuk di siarkan di blog?
Lyssa : HEHE . Lyssa suka blog yang penuh dengan informasi yang menarik . Tips blogging dan macam2 lah . Blog yang menceritakan hal peribadi pun Lyssa suka jugak . Asalkan cara penyampaiannya menarik . (Fuhh . Memilih pulak aku ni ) . ekeke . Tak lahh . Semua jenis entri Lyssa suka . But , the most is all about blog… (tips)

Mysensasi : Apakah harapan dan sedikit kata-kata untuk pembaca blog Lyssa ?
Lyssa : Bagi pembaca blog Lyssa , Lyssa harap korang teruskan membaca entry yang kadang-kadang tu “merepek” je pun . Harap korang semua terus sokong Lyssa dan jangan cepat putus asa dalam dunia blog ni (!) Kalau dah mula rasa nak putus asa ke , jadikan salah seorang blogger otai kat Malaysia ni sebagai sumber inspirasi korang untuk terus maju dalam dunia blog okeyy ? Chill . Peace ^_^v

Pesanan Lyssa – “Oukeyy . Selesai sudahh Lyssa menjawab semua soalan nya . Lyssa tak rasa Lyssa layak jawab semua soalan ni . ehee .. Tapi , sebagai blogger yang sudah setahun berblogging , tak salah jika Lyssa nak sampaikan pandangan Lyssa tersendiri .
Kepada blogger otai , tompangg lalu . Ada salah silap , perbetulkan ye . HEHE . Assalamualaikum” ^_^v



Semoga apa yang dibicarakan oleh Lyssa dapat membantu dan memberi manfaat kepada sahabat blogger yang lain.Jom terjah dunia rahsia Lyssa Faizureen di blognya http://www.lyssasecret.com.

Check Also

BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

Assalammualaikum,kembali lagi kita dalam segmen BICARA BLOGGER.Kali ini kita bersama seorang lagi blogger yang memang …

25 comments

  1. lyssa is my idol….

  2. wah..=)
    terbaik la..hee

  3. Untung ar bro keke..lyssa mmg comel 😛

  4. terbaik blog lyssa ni…byk tuto kan bro kan kan

  5. Azhafizah[フィザ]

    otai tutorial lyssa tu..die rajin update.^__^.nice to know her.

  6. huiyo.. aku x mampu nak komen ape lepas baca

  7. terbaik lah hehee..hye lyssa 🙂

  8. jawapan yg bernas. terbaekk lah lyssa. 🙂

  9. tutorial lyssa semua senang nak paham,sebab tu ramai suka..huhu..neway,interview ni terbaek! hehe..

  10. belog lyssa mmg bestt.. dh comel mcm tuan die.. kikiki ~

  11. whoa! ternganga mulut.haha

  12. teyhasahaje a.k.a NURUL

    satu jek acu suka lysa ni… dye xsombong even dye dh ade smPai tahap tu..gud luck lysa !

  13. Kenal die dah lama. Paling best myra tengok, even dah femes die takde pon tinggi diri.

    sebab tu ramai yang sayang 🙂

  14. Memang hebat la Lyssa kan dengan pengalaman setahun… ^^,

  15. terbaek r lyssa.dh femes temes pon still mntain.xsmbong.

  16. Lyssa Faizureen terbaik.. yeah.. (ayat bodek.. hehe)

  17. comel cik lyssa tu.. hehe

  18. blog kak lyssa memang terbaik ! 🙂
    Sorfiena pon dah jadikan dia sebagai blooger’s idol kite 🙂 pewiiit XD

  19. blog lyssa paling cun yg penah sy jumpa ! 🙂

  20. sye suke degn kak lyssa pnye blog..cantek.. :d

  21. tutorial lyssa paling mudah nak faham..memg betol pon..

  22. sebab blog dye terdetik niat nak berblog,,menarik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *