Breaking News
Home » Bicara Blogger » BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

Assalammualaikum,kembali lagi kita dalam segmen BICARA BLOGGER.Kali ini kita bersama seorang lagi blogger yang memang jarang kita jumpa. Seorang penulis blog yang menulis tentang dunia modifikasi dan autoshow.Jom kita selami dunia Gila Modified blogger Khairul.

BICARA BLOGGER Khairul Gila Modified

MySensasi : Blog saudara Khairul merupakan blog yang menceritakan tentang dunia permotoran secara santai.Boleh saudara terangkan apakah sebenarnya keunikan dunia permotoran terutama dengan auto show seperti yang sering saudara Khairul tulis di blog?
Khairul : Tujuan utama blog ini ditubuhkan adalah tidak lain tidak bukan untuk mendedahkan keunikan dan kecanggihan jentera2 yg telah diubahsuai secara ekstreme oleh anak2 muda tempatan..Blog ini juga memaparkan ttg “kewujudan” jentera2 pelik yg jarang dapat kita lihat saban hari .Tidak banyak blog yg menceritakan secara khusus ttg dunia kereta modified dan autoshow disamping dpt mempromosi club2 kereta , bengkel , serta syarikat khususnya Bumiputera .

MySensasi : Pada pendapat saudara Khairul,sejauh mana keberkesanan media sosial seperti Facebook dan blog boleh menyampaikan info terkini dunia permotoran?
Khairul : Pada pendapat saya ..kedua2nya merupakan medium perantaraan yg sangat sesuai sebagai hebahan ttg dunia permotoran .Hanya satu klik , segala perancangan , berita atau hebahan dpt disampaikan dgn serta merta .

MySensasi: Apakah nasihat saudara Khairul kepada mereka yang minat dalam dunia modified ini.
Khairul : Seperti mana yg kita sedia maklum , kos utk modifikasi kendaraan adalah sangat mahal terutamanya dr segi bodykit , acc , dan sebaginya .Kpd yg berminat lakukan lah sedikit demi sedikit..pkok pangkal nya ..tepuk dada tengok lah isi poket tu dulu 🙂

MySensasi : Setahu saya saudara Khairul mempunyai syarikat yang dinamakan GM Event Management.Apakah perkhidmatan yang disediakan.
Khairul : Company sy ini ditubuhkan khususnya untuk menganjurkan segala event yg berkaitan dgn motorsports ..seperti autoshow , audioshow , drifting , sprint test . Disamping itu kami juga menyediakan bantuan serta sokongan teknikal buat mana2 pihak yg ingin mengadakan pertandingan2 seperti tersebut . Kami juga bekerjasama dgn KBS dan badan2 kerjaan dlm membangunkan sektor permotoran negara dgn lebih berkesan..terutama nya melalui bengkel , karnival , dsb nya .

MySensasi: Apakah harapan dan kata-kata kepada pembaca blog saudara gilamodified.blogspot.com
Khairul : Terlebih dahulu sy ucapkan jutaan terima kaseh buat semua bloggers , peminat2 industri permotoran negara yg sudi memberi sokongan , nasihat serta komen membina kpd blog saya . Harapan saya , anda semua mendapat menafaat dan ilmu yg tidak seberapa dr blog saya ini .

Semoga saudara Khairul terus berjaya dalam dunia blogger dan modifikasinya.Untuk menikmati cerita dunia modifikasi dan autoshow secara santai jom kita ke blog GilaModified.Blogspot.Com.

Klik SINI untuk sertai segmen ini.

Check Also

BICARA BLOGGER Lyssa Faizureen

Kembali lagi kita berkenalan dengan seorang lagi sahabat blogger kita Lyssa Faizureen.Mungkin ramai yang telah …

13 comments

  1. wah,hebatnya blog dia.memang untuk permotoran.siap ada company sendiri lagi

  2. blog yang lain dari yang lain..tersendiri dan unik..

  3. bro dah jadi cam wartawan part time dah tu..ada bakat hehe..

    blog dia memang unik..

  4. Syuxer : aku sekadar membantu promo sahabat.. demi satu komuniti blogger yang menyokong satu sama lain..hehe..

  5. seronok jugak ye amek tahu pasal modified kete ni.takdelah xtahu lansung.hehe..ok,akan menerjah kesane

  6. selalu impressed bila g blog dia.
    macam2 jenis kereta. hehe

  7. alamak terharunya aku…terima kaseh ya !

  8. blognya ada kelainan, blog pasal permotoran ni jarang jumpa. Tahniah khairul..

  9. wah!bertambah2 femes gilamodified yer.. ^_^

  10. puji lebih² kang kembang lubang hidung bro khairul nanti., hahahaha.. :))

  11. Original CikTeddy

    oh blog bang khairul..cik slalu gak lawat.. 🙂

  12. kpah hanya tahu bawak kereta jer.. lain2 pasal kereta.. kpah tak ambik tahu heeee

  13. blog yg mantap psl sukan permotoran…

    i like….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *