Home » Produk » Biar Betul Minyak Dagu Hanya RM21

Biar Betul Minyak Dagu Hanya RM21

Biar Betul Minyak Dagu Hanya RM21. Percaya atau tidak inilah hakikatnya bukan cerita kosong. Dengan harga semurah RM21 sesiapa sahaja boleh memiliki minyak dagu ini. Tidak pula diketahui apakah motif sebenar mereka menjual terlalu murah. Awas, penggunanya pasti sudah berleluasa sekitar anda.

Minyak Dagu
Minyak Dagu ( gambar sumber google untuk hiasan )

Apa itu minyak dagu? Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang diperbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati terutama dagu wanita. Ini info yang kami dapat dari bacaan beberapa laman yang membincangkan perihal minyak dagu ini. Kegunaan minyak bersihir ini lebih kepada keburukan dimana paling popular digunakan untuk memiliki wanita yang disukai dengan kadar segera atau paksa.

Cintanya cinta mati, hatinya untuk si jelita.
Tapi dia ditolak tanpa simpati.
Menyeru raga si minyak neraka, menyerah jiwa menjadi hamba.
Asalkan dapat yang dihajati, dosa tidak diendah lagi,
Maka bersoraklah syaitan ikut menari.

Anda berminat mendapatkan minyak dagu? Ramai sudah memiliki dengan hanya RM21, anda juga mampu. Tapi usahlah risau, bukan minyak bersihir yang ditawarkan tetapi sebuah novel seram berjudul Minyak Dagu karya Ida Anuar. Kepada peminat cerita seram pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan novel terbaik ini. Boleh terus dipesan secara atas talian.

Novel Minyak Dagu Karya Ida Anuar
Novel Minyak Dagu Karya Ida Anuar

SINOPSIS NOVEL MINYAK DAGU
Semakin lama mereka menggali, semakin dalam kubur itu dibongkar sehingga mata cangkul terkena papan lahat. Farhan mengelap peluh yang membasahi dahi. Badannya berminyak berkilat. Peliknya tiada rasa takut menjengah mindanya. Tiba-tiba dia menjadi berani, seolah-olah dia hanya menggali sebuah lubang tanpa tujuan. Suara hilaian sayup-sayup kedengaran. Farhan berdiri tegak dari lubang kubur, memasang telinga. Kemudian suara menangis jelas pada pendengarannya. Saling bertingkah dengan bunyi hilaian. “Jangan pedulikan, Farhan. Buat kerja!” Malek menegur Farhan yang terleka mendengar suara hilaian dan tangisan syaitan yang cuba melengahkan masa baik mengambil minyak dagu. “Korang tak dengar ke?” tanya Farhan. Mustahil hanya dia sahaja yang mendengar hilaian dan tangisan itu. “Dah kita menyetan dekat dalam lubang kubur ni, kawan kita pun syaitanlah…” bisik Ojan.

Farhan, Malek dan Ojan bersama sekutu besar mereka para pencari minyak dagu!Karmila dambaan hati Farhan harus tunduk menyerah diri. Bernyawa kah minyak itu?..tercapai kah impian Farhan atau mereka hanya bermain dengan syaitan durjana?

Bagaimana caranya hendak mendapatkan novel ini atau ada sebarang pertanyaan? Anda boleh terus menghubungi penulis novel sendiri menerusi whatsapp nombor 012-9187348 atau facebook Ida Anuar . Harga RM21 untuk semenanjung dan RM24 untuk Sabah dan Sarawak.

ku seru ragamu agar menyerah kepadaku… ” dapatkan novel seram MINYAK DAGU sekarang.

** ini adalah artikel promosi untuk Novel Seram Minyak Dagu, tidak sesekali bertujuan mempromosi penggunaan minyak jahanam minyak dagu. Harap maklum **

** Infosemasa.com tidak terlibat dalam sebarang urusan transaksi semasa pembelian Novel Minyak Dagu **

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *