Home » Uncategorized » Biar Aku Menjadi Lilin

Biar Aku Menjadi Lilin

Aku lebih rela menjadi lilin dari menjadi menjadi pelita minyak tanah..nanti orang marah sebab aku meninggalkan kesan jelaga.Boleh bikin serabut lubang hidung tu..dan aku juga lebih rela jadi lilin dari menjadi mentol lampu.Nanti orang kata aku buat menghabiskan duit je bayar bil elektrik.
haha mukadimah apo yang ekau merepek tu..dah tetiba cerita pasal lilin lak..entahlah ni je yang aku terfikir masa ni.Kira oklah tu.

Selalu dengar pepatah ibarat lilin membakar diri demi menerangi orang lain.Oh hebat sungguh pengorbanannya eh..selalunya di tujukan pada cikgu2 tercinta tu( tetiba ingatlah wajah2 cikgu2 aku yang comel2 dulu ).Dimanakah anda semua ye..terima kasih dengan didikan anda2 semua.

Aku pun nak jadi macam mereka juga..membakar diri..opss lain macam je bunyi.mcm nak bunuh diri je..haha..bukan macam tu maksudnya tu.faham2 dah la.Lebih kurang aku nak korbankan masa2 terluang aku demi memberi kebahagian kepada semua makhluk yang bernyawa.Hendak rasanya aku bahagiakan mereka2 yang ada di sekeliling aku walaupun diri aku sengsara..wah wah..semangat nampak.Sebab aku suka tengok orang gembira dengan khabar kejayaan.Biarlah nama mereka di canang walaupun yang terkorban adalah aku..ye lah nak jadi macam lilin la katakan..kena bakar,lama2 habislah ia.

Apa apa pun kalau aku nak jadi lilin pun aku nak jadi lilin yang happy birthday punya tu..haha sebab dia terbakar sekejap je..lepas tu orang tiup..panjang nyawa..boleh berbakti lagi kalau masih di perlukan..( kalau tak kena buanglah )

:: pengorbanan aku hanyalah untuk Agama,Keluarga,Bangsa dan Negara Tercinta ::

AKU DISINI JUGA

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

9 comments

  1. lilin simbolik untuk orang yang sanggup mengorbankan diri demi orang lain…

  2. aku nak adil. bekorban untuk diri sendiri dulu sambil memikirkan tentang orang lain

  3. lilin berkorban diri utk menerangi org lain…

  4. xsuke lilin.. coz bile ditiup angin akan terpadam.. hehe.. cewwahhhh 🙂

  5. tapi lilin akan habis… terbakar diri sendiri.. dan ketika itu.. pasti ada yg merasai.. kegelapan kerana tiada lilin di sisi.. tapi masa tu lilin dah takder… terpaksa cari lilin lain.. eh?? apa aku merepet

  6. mJ nk jadi mentari… 🙂 menyinari, menerangi…. tanpa perlu pengorbanan… habis satu kawasan untuk disinari, perlu beralih utk menyinari tempat lain plak… 🙂

  7. Niat yang mulia..semuga cahaya sentiasa bersinar dan menyelubungi Kiz ..tp boleh pilih2 juga ya nak jadi lilin birthday?? 🙂

  8. mina takmau jd lilin…sbb mina tak berani nak korbankan diri…

    tp bila diperlukan sgt2…baru mina munculkan diri…mnjadi pengganti lilin yg hampir padam…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *