Breaking News
Home » Santai » Bertukar Dalam Masa 0.05 Saat

Bertukar Dalam Masa 0.05 Saat

As salam buat semua.. amacam dengan dunia blogging sahabat semua.Ada baik ka? ada naik ka? atau cam gitu-gitu je? tak kisahlah macam mana pun kan janji kita selesa dengan apa yang kita buat.Dah lama juga tak menulis entri-entri santai yang main bantai je apa yang terasa nak tulis ni kan.Ramai juga sahabat yang tegur kenapa dah jadi blog berita..haha..maklumlah blog aku semua cerita sukan dan isu semasa sejak akhir-akhir ini.Yeah lebih popular zaman sekarang orang kata apa..ermm blog SEO.. tak der lah SEO sangat blog aku ni..setakat tampal trafik yang bocor-bocor tu bolehlah..
Kenapa aku lebih banyak entri menjurus kepada info dan seterusnya mengharap kunjungan pembaca dari enjin carian seperti google? Sebabnya aku tak ada masa dah nak mengadap laptop lelama macam dulu..sebab sekarang terlalu banyak urusan duniawi ( akhirat jangan lupa walaupun sibuk ) yang harus diutamakan.Jadi demi meneruskan perjuangan yang belum selesai dalam dunia blog kenalah cover dengan entri SEO..haha..tu jelah alasan aku kepada yang bertanya tu.Lagi pun aku rasa blog aku ni mampu bersaing kat enjin carian ,kenapa tidak untuk mencubakan.
Tapi aku tetap dengan ciri-ciri blog personal kot..tak der lah nak belasah SEO semua..haha..Terima kasih kepada sahabat yang masih memberi sokongan untuk hadir menjenguk..tak caya cuba tengok shoutbox aku tu..kosong je kan dari jejak2 terbaru..itu tandanya aku jarang dapat BW..kih kih…tapi aku tetap akan terjah juga sahabat2 jika ada kesempatan..harus tu…!!!
Tajuk entri nak gempak je..cehh..( tajuk kutip dari dialog cerita Gaban..haha )

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

One comment

  1. ohh begitu..kadang kadang kene ikut mood dan masa juga..biasalah tu kan.kene ade pertukaran juga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *