Breaking News
Home » Uncategorized » Bermula 1 Januari | Hanya Loga Halal Jakim Boleh Diguna

Bermula 1 Januari | Hanya Loga Halal Jakim Boleh Diguna

Hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) sahaja yang boleh diguna bermula 1 Januari 2012.Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 Nov.

Jadi mana-mana pihak yang sebelum ini menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan JAKIM harus membuat permohonan baru kerana bermula 1 Januari logo halal sedia ada akan terbatal dengan sendirinya.

Selepas 1 Januari jika masih menggunakan logo lain yang bukan dikeluarkan JAKIM,boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *