Breaking News
Home » Info Sukan » Berita Kematian Piya Palsu

Berita Kematian Piya Palsu

Berita Kematian Piya Palsu. Mungkin ramai pengguna media sosial terkejut dengan tersebarnya berita kematian ketua pasukan bolasepak Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan Piya. Piya dikatakan maut dalam satu kemalangan jalanraya di Kota Bahru. Viral berhubung kematian ketua pasukan bola sepak The Red Warrior mula tersebar di Facebook pada tengah hari ini.

Namun Piya yang terkejut dengan berita itu apabila diberitahu oleh rakannya meminta peminat dan pengguna laman media sosial tidak menyebarkan berita itu kerana tidak sahih.

Berita Kematian Piya Viral di Facebook
Berita Kematian Piya Viral di Facebook

Sementara itu dalam laman facebook rasmi pasukan Kelantan TRWFC memuatkan naik status penafian berita kematian Piya.

Kami di TRWFC menafikan berita mengenai kemalangan ketua pasukan Piya. Berita tersebut adalah PALSU.
Kami sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dari pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut.
Piya dalam keadaan sihat dan tidak terlibat dengan sebarang kemalangan hari ini.

Peminat diminta merujuk sesuatu berita dari sumber rasmi sebelum menyebarkan.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *