Home » Info Hiburan » Benarkah Stacy Peluk Agama Islam

Benarkah Stacy Peluk Agama Islam

Benarkah Stacy Peluk Agama Islam. Persoalan yang banyak berlegar di media sosial di kalangan peminat penyanyi itu sendiri. Apakah status sebenar agama Stacy setelah sekeping gambar yang menunjukan beliau bertudung tersebar. Gambar itu memaparkan Stacy bertudung hitam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor ditemani oleh ibu bapa Akim serta ibunya sendiri.

Stacy Peluk Islam

Sementara itu menurut Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, satu sidang media akan dibuat oleh Stacy esok. Segala jawapan akan terjawab sama ada dia sudah memeluk Islam apabila majlis sidang media berhubung perkara itu dijadual diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil.

Sebelum ini semua peminat sudah mengetahui hubungan rapat antara Stacy dan Akim yang dikatakan hangat bercinta. Dengan khabar yang Stacy memeluk agama Islam pasti menguatkan lagi andaian yang mereka sedang merancang perkahwinan.

Tunggu sahaja esok , apakah pengumuman yang akan dibuat oleh Stacy dalam sidang medianya.

sumber BH Online

UPDATE : Dengan lafaz dua kalimah syahadah, penyanyi pop Stracie Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy secara rasmi memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin 24 Ogos 2015. Stacy turut mengesahkan nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *