Breaking News
Home » Uncategorized » Belajar Dari Kesilapan Harimau Muda Tetap Dihati

Belajar Dari Kesilapan Harimau Muda Tetap Dihati

Kesetiaan Ultras Malaya tidak
boleh disangkal lagi
Bukan tak berusaha,bukan tak mencuba dan semestinya bukan tewas sebelum berjuang.Namun rezeki bukan untuk kita.Tapi masa depan untuk berjaya itu sudah nampak ada tanda.Tahniah buat skuad harimau muda..walaupun tewas anda semua tetap pejuang sejati.Sokongan aku tak akan berbelah bagi hanya kerana kegagalan ini.Malaysia tewas 2-3 walaupun selesa mendahului 2-0 ketika pihak lawan cuma bermain 10 orang.

Mungkin dari kekalahan ini mampu membuka ruang untuk menilai dan memperbaiki diri.Mungkin sedikit kesilapan dan kelekaan telah merubah segalanya.Aku pandang dari sudut positif..pasukan Malaysia kini yang pasti mampu bersaing dalam memburu misi.Tewas itu sudah adat pertandingan namun yang ketara dan patut dibangga bunga-bunga untuk melihat bolasepak kita kembali disegani telah mula membuahkan hasil.Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membangunkan bakat dari akar umbi.
Bagi aku skuad muda yang ada sekarang adalah perintis untuk membuka ruang kepada lebih ramai bakat baru yang akan muncul..aku optimis andai usaha berterusan tidak mustahil kita akan berjaya dimasa depan.Aku seperti juga Ultras Malaya tetap setia diwaktu menang atau kalah..proud to be Malaysian..teruskan usaha demi bolasepak negara..

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

2 comments

  1. hilang tumpuan di saat2 akhir..x mengapalah… 🙂

  2. semoga pengalaman ini akan mematangkan mereka seterusnya mereka akan lebih alert di masa hadapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *