Breaking News
Home » Berita » Bekas Isteri Hattan Saman Blog Ohbulan.Com

Bekas Isteri Hattan Saman Blog Ohbulan.Com

Bekas isteri Hattan Saman Blog www.Ohbulan.com – Noorfarashikin Othman memfailkan saman keatas pemilik blog hiburan ohbulan! kerana mendakwa menyiarkan artikel yang berunsur fitnah terhadapnya. Beliau yang juga bekas isteri kepada Hattan memfailkan saman melalui pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Peguam yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes. Dalam pernyataan tuntutannya, Noorfarashikin antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 

Noorfarashikin mendakwa ohbulan.com telah menyiarkan artikel antara lain bermaksud beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia. 

sumber rujukan BH Online

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. peh… ni yang takut ni kes saman meyaman.. bukan sikit banyak tu rm1juta.. blogger kena hati2 la dlm menulis..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *