Breaking News
Home » Info Sukan » Beberapa Nama Besar Bakal Tinggalkan Manchester United

Beberapa Nama Besar Bakal Tinggalkan Manchester United

Manchester United ( Man Utd ) dijangka meletakan beberapa pemain dalam senarai perpindahan. Ini berikutan kegagalan mereka menarik minat pengurus baharu Man Utd , Louis Van Gaal. Ada antara mereka gagal memberi persembahan terbaik bila beraksi dalam formasi 3-4-2-1 yang diterapkan Louis Van Gaal.
Enam pemain disebut bakal meninggalkan Man Utd adalah Javier Hernandez, Nani, Marouane Fellaini, Shinji Kagawa, Wilfried Zaha dan Anderson.
Beberapa kelab eropah dan epl berminat mendapatkan pemain-pemain ini. Antara laporan menyatakan , Napoli berminat mendapatkan pemain midfield Fellaini. Fellaini gagal menyerlah semenjak dibeli dari Everton pada Ogos 2013. 
Borussia Dortmund juga berminat membawa Shinji Kagawa kembali ke kelab itu selain Atletico Madrid yang turut mengintai peluang mendapatkan khidmat Shinji Kagawa. Shinji Kagawa berpindah ke Man Utd dari Dortmund pada tahun 2012 dengan nilai £12 juta. 
Pemain sayap Portugal, Nani juga antara pemain yang menjadi buruan kelab besar seperti Juventus, Inter Milan, Valencia dan Arsenal. Selain itu Juventus dan Inter Milan turut berminat dengan Javier Hernandez. 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *