Home » Berita » Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Mula Diagih

Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Mula Diagih

Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 untuk semua pelajar sekolah telah mula diagihkan kepada sekolah seluruh negara mulai hari ini.Bayaran Bantuan Persekolahan tersebut akan dibayar kepada pelajar tahun 1 hingga tingkatan empat bagi sesi 2011.Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.


Lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu. 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *