Home » Berita » Bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam. Berita gembira kepada penjawat awam Gred 54 dan kebawah sempena sambutan ramadan dan aidilfitri tahun 2015. Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak telah pun mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Bantuan khas ini  juga akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. Dengan adanya bantuan ini mampu meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari raya.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam akan dibayar pada 25 Jun 2015.

penjawat awam
penjawat awam – hiasan

Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima pada masa ini. Kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Terima kasih dan alhamdulillah

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *