Breaking News
Home » Agama » Bayar Zakat Fitrah Melalui SMS

Bayar Zakat Fitrah Melalui SMS

Dah bayar zakat fitrah belum? Kalau belum boleh bayar melalui SMS.Pelanggan beragama Islam Maxis Berhad (Maxis), di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu akan menikmati kemudahan untuk membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS hasil perkhidmatan mZakat yang ditawarkan syarikat terbabit.

Dengan perkhidmatan mZakat, pelanggan boleh memenuhi tuntutan agama mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pascabayar.Jumlah pembayaran zakat fitrah akan dicaj kepada bil telefon para pelanggan pascabayar atau ditolak dari baki prabayar pelanggan.

Pelanggan boleh membuat pembayaran dengan hanya menaip “FITRAH (nama negeri)” dan menghantar SMS tersebut kepada 22032.Mereka kemudian perlu membekalkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan bilangan orang yang zakat fitrahnya ditanggung.Selepas itu, mereka akan menerima SMS mengenai jumlah yang perlu dibayar yang mana jumlahnya perlu disahkan sebelum sebarang caj boleh dikenakan kepada pengguna.Kesemua SMS yang dihantar mahupun diterima oleh pelanggan Maxis untuk perkhidmatan mZakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan caj.

Sumber Utusan

Check Also

Kadar Zakat Fitrah 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2014 / 1435H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia – Berikut adalah kadar zakat …

4 comments

  1. alhamdulillah dah bayar kiz 🙂

  2. hebat betul teknologi. huhu

  3. baru senang,x yah nak bersesak2..huhu….

  4. Sudah selesai..Selamat Hari Raya Kiz..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *