Home » Berita » Baucar RM1000 Rumah Kos Rendah Di Johor

Baucar RM1000 Rumah Kos Rendah Di Johor

Baucar RM1000 Untuk Pembeli Rumah Kos Rendah Di Johor

Bajet Johor 2015, Baucar RM1000 Untuk Pembeli Rumah Kos Rendah Di Johor. Berita baik buat warga Johor bagi yang ingin membeli rumah kos rendah di negeri itu. Kerajaan negeri Johor telah mengumuman pemberian baucar bernilai RM 1000 kepada setiap pembeli rumah kos rendah.

Pemberian baucar ini dinyatakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan Bajet Johor 2015. Baucar berkenaan boleh dituntut dari Bahagian Perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan diberikan semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki.

Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung pembeli rumah kategori kos rendah dan sederhana. Secara purata, setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,000 bagi pembayaran kos seperti fi perjanjian jual beli, duti setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain. Oleh demikian, kerajaan negeri mengambil inisitaif untuk memberikan baucar RM1,000 kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban,” – MENTERI BESAR JOHOR

Semoga pemberian baucar ini akan mengalakkan lagi pembelian rumah dan meringankan beban pembeli di Johor.

sumber maklumat Mstar Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *