Breaking News
Home » Santai » Bara Di Genggam Biar Jadi Arang

Bara Di Genggam Biar Jadi Arang

Setiap kita mesti punya cita cita..Punyai impian..punyai harapan untuk berjaya dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.Masing masing pasti telah tetapkan hala tuju masing2 dan adakah kita telah berjaya mencapai apa yang kita idamkan..???

Dulu masa kita masih kecil..kalau sapa sapa tanya kita..dah besar nak jadi apa?? kita pastikan akan jawab nak jadi guru..polis..askar..tu antara jawapan yang paling popularkan..betul tak??
Itu adalah gambaran awal apa yang kita impikan bila kita dewasa..paling tidak pun itu adalah cita2 kita..namun bila kita meningkat dewasa..dengan kematangan fikiran setelah melihat dunia yang lebih luas impian kita juga pasti akan berubah..paling mudah lah..kalau dulu nak jadi polis..jika kita dah berjaya menjadi polis takkan setakat polis biasa je..mestilah kita nak yang berpangkatkan jika boleh..disitu kita akan berusaha sehingga mencapai tahap itu..itu adalah satu contoh umum yang mudah untuk kita faham.

Jadi didalam apa juga yang kita impikan mesti di sertakan dengan usaha yang gigih sehingga berjaya..setelah berusaha barulah di sertakan dengan doa dan tawakal..tiada jalan mudah untuk berjaya.Jadi kita harus berusaha dengan sabar sehingga berjaya.Jangan bila dah terasa terlalu berat untuk di tanggung kita terus mengalah dengan mudah.Kerana bagai kata pepatah..kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai yang membawa maksud kalau takut menghadapi kegagalan jangan cuba cuba nak lakukan kerja yang sukar..jadi bila dah ada tekad yang kukuh dijiwa..teruskan je mengejar impian jangan setakat hangat hangat tahi ayam..bara digenggam biar sampai jadi arang..fikir positif pasti berjaya..

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

3 comments

  1. selain dari usaha…tekad jugak penting..

  2. sebenarnya…..bergantung kpd rezeki jg…
    huhuhu…kita hanya mampu berusaha utk mencapai
    apa yg diimpikan….segalanya terserah kepada DIA

  3. Aku adalah suara yang bertahta dalam singgasa bela sungkawa
    Biarkan,
    dan percayaan kegelapan
    Menuntunmu dalam arti lain sebuah kegelapan…

    manta666 benar,,, serasa mendapat ilham baru nih,,,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *