Breaking News
Home » Santai » Banyak Cakap Banyak Salahnya

Banyak Cakap Banyak Salahnya

Hadis , Jaga Bicara , Banyak Cakap Banyak Salahnya , berkata yang sia sia – Dalam duduk lepak lepak mesti banyak cerita yang keluar. Biasalah kalau dah ramai.Memang seronok kalau dapat berborak ramai ramai ni.Tapi dalam seronok berborak tu mesti kekadang tersasul juga cerita yang tak sepetutnta di borakkan. Pot pet pot pet si polan tu dot dot dengan pot pet. termengumpatlah pulak.kekadang dia timbul dalam tak sedar.Lawak jenaka mesti akan terselit sekali sekala,bahan dah semestinya orang yang ada sekali dalam acara borak-borak tu.Terselit juga kutuk mengutuk antara satu sama lain. Walaupun anggap gurauan,siapa tahu kalau yang si bahan tak suka. Luar gelak-gelak dalam berapi..dah timbul sakit hati. Silap silap jadi gaduh.
Itu tak termasuk cerita yang sensasi dan kekadang terlajak sekali topik ala ala dot dot..ermm memang best melayan tetapi kekadang kalau dah syok memang melampau lampau pula jadinya..Bukan kata tak boleh banyak cakap tapi kena berhati hati supaya tak terborak perkara yang sia sia.
Banyak berkata-kata yang sia-sia itu mematikan hati. Maka lebih baik diam dari mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain,gelak ketawa yang berlebihan atau kata-kata yang sia-sia tanpa tujuan dan makna.
HADIS

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda: “Sebahagian daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tiada kena mengena (tidak berfaedah) dengannya.
(Hadis ini hadis hasan, diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan lain-lain sedemikian)

bicara yang sia sia

 ** buat ingatan diri ini yang kadang2 terlupa juga

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

8 comments

  1. btol 2…kdg2 org x ske dgr pe kite ckp..
    tp klo dyam je..x best lak asyik dgr je..dpt dose gak..hehhe

  2. yup..agree with that..kadang2 sya pun sebegitu..:)

  3. kadang2 lebih baik diam ajer..

  4. biasa benda macam tu pasti terjadi bila duk ramai2. better diam dan senyum je 😀

    Gambar Pengalaman Bersukan

  5. bak kata pepatah..”kerana mulut badan binasa” bersederhanalah kamu tika berbicara..

  6. baik senyaplah.huhu

  7. lbh baik diamkn diri dari brkata2.
    tp kdg2 susah jgak klu membe yg suka brgosip. nak larikan diri nanti ckp smbong. nak tak nak kena dgr jugak. dpt free dosa kt situ.huh!

  8. ingat semboyan…talk less…do more…kalau banyak cakap, job tak kunjung selesai…. 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *