Breaking News
Home » Berita » Bantuan Khusus RM500 Juta Untuk Mangsa Banjir

Bantuan Khusus RM500 Juta Untuk Mangsa Banjir

Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengumumkan Bantuan Khusus RM500 Juta Untuk Mangsa Banjir bagi negeri-negeri yang terlibat. Bantuan khusus ini adalah untuk membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah.

Bagaimana pun bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain.

Dana bantuan khusus banjir itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas berakhirnya bencana nanti. Agihan itu akan ditentukan melalui kriteria yang akan ditentukan nanti.

Bagi meringankan beban mangsa banjir, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dijadual akhir Januari 2015 kepada pertengahan bulan januari 2015.

 

 

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *