Breaking News
Home » Berita » Banjir Pantai Timur Mangsa Di Pahang Meningkat

Banjir Pantai Timur Mangsa Di Pahang Meningkat

Banjir Pantai Timur Mangsa Di Pahang Meningkat. Keadaan banjir di Pahang semakin buruk dengan 26,795 orang daripada 7,013 keluarga yang ditempatkan di 167 pusat pemindahan di lapan daerah sehingga jam 8 pagi 25 Disember 2014.

Banjir di Kelantan Terengganu Pahang
Banjir Pantai Timur

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, berkata jumlah paling ramai adalah di Kuantan dengan 14,350 mangsa daripada 4,119 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir diikuti Maran (2,744 orang daripada 676 keluarga), Rompin (2,744 orang daripada 676 keluarga), Jerantut (2,478 orang daripada 506 keluarga) dan Lipis (2,319 orang daripada 548 keluarga).

Di Pekan seramai 1,402 daripada 338 keluarga di pusat pemindahan, Temerloh (649 orang daripada 138 keluarga) dan Bera (109 orang daripada 22 keluarga).

sumber FB Polis Pahang / BH Online

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *