Home » Berita » Banjir Di Perak Sultan Titah Adakan Solat Hajat

Banjir Di Perak Sultan Titah Adakan Solat Hajat

Banjir Di Perak Sultan Titah Adakan Solat Hajat. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan kesemua masjid di seluruh negeri Perak mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat. Tujuan solat hajat itu adalah untuk memohon ihsan Allah SWT meringankan tanggungan dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Sultan Perak turut menitahkan supaya sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan jika ada dirancang menjelang sambutan tahun baharu hendaklah dibatalkan. Ia termasuk acara yang melibatkan atau dianjurkan kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan negeri Perak.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah titah solat hajat seluruh Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah

INFO DAN STATISTIK BANJIR DI PERAK 25 DISEMBER 2014

Seramai 4,335 orang daripada 1,079 keluarga yang terjejas banjir dipindahkan ke 43 pusat pemindahan banjir di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah. Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang daripada 659 keluarga dan 23 pusat pemindahan masih dibuka.

sumber Bernama

Check Also

sambutan ambang tahun baru 2015 dibatalkan

Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 Di Putrajaya Batal

Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 Di Putrajaya Batal. Ekoran banjir yang sedang melanda negeri-negeri di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *