Breaking News
Home » Info Sukan » Ballon d’Or Pemain Terbaik Dunia 2014

Ballon d’Or Pemain Terbaik Dunia 2014

Senarai calon Ballon d’Or 2014 Pemain Terbaik Dunia 2014. Setiap tahun pasti akan menjadi debaran kepada pemain bertaraf dunia kerana siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia FIFA. Tahun 2014 siapakah yang bakal dinobatkan. Tahukah anda pemilihan pemain terbaik dunia Ballon dOr ini adalah melalui undian pengurus , jurulatih dan kapten pasukan didunia termasuk juga wartawan sukan. 
Untuk Anugerah Pemain Terbaik Dunia 2014 Ballon d’or , FIFA telah menyenarai pendek seramai 23 pemain terbaik untuk undian. Ramai nama besar serta bintang ternama bolasepak dunia telah dipilih. Siapakah mereka? Adakah pilihan anda juga.
Berikut adalah senarai penuh 23 pemain yang telah disenaraikan sebagai calon pemain terbaik dunia 2014. Gareth Bale (Wales), Karim Benzema (Perancis), Diego Costa (Sepanyol), Thibaut Courtois (Belgium), Cristiano Ronaldo (Portugal), Angel Di Maria (Argentina), Mario Gotze (Jerman), Eden Hazard (Belgium), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Andres Iniesta (Sepanyol), Toni Kroos (Jerman), Philipp Lahm (Jerman), Javier Mascherano (Argentina), Lionel Messi (Argentina), Thomas Muller (Jerman), Manuel Neuer (Jerman), Neymar Jr (Brazil), Paul Pogba (Perancis), Sergio Ramos (Sepanyol), Arjen Robben (Belanda), James Rodriguez (Colombia), Bastian Schweinsteiger (Jerman), Yaya Toure (Ivory Coast).
Pengumuman pemenang Anugerah Ballon d’Or akan dibuat pada 12 Januari pada satu majlis di Zurich. Mampukah Cristiano Ronaldo mempertahanankan status pemain terbaik dunia yang dimenangi pada tahun 2013. Sama-sama kita nantikan saat pengumuman itu.
Senarai calon Ballon d'Or 2014 Pemain Terbaik Dunia 2014

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *