Breaking News
Home » Berita » Bajet 2013 #TanyaNajib | Pembentangan Bajet 2013

Bajet 2013 #TanyaNajib | Pembentangan Bajet 2013

Bajet 2013 #TanyaNajib – Bajet 2013 bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 ini. Untuk itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peluang kepada semua rakyat memberi pandangan atau bertanya mengenai bajet 2013 yang bakal dibentangkan.Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat termasuk warga asing yang tinggal di Malaysia menyertai sesi #TanyaNajib kali kedua pada 3 Oktober depan bermula 9 malam.

Saya menjemput rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlet, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi tersebut (#TanyaNajib)” – Perdana Menteri

Bagi penganjuran sesi #TanyaNajib kedua Bajet 2013, Datuk Seri Najib merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum iaitu dengan menggunakan Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi.Beliau akan mengadakannya menerusi akaun Google+ miliknya selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain.Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube beliau. Ikuti Perdana Menteri di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.
sumber Utusan

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *