Home » Kesihatan » Bahaya Bekas Polisterin Pada Tubuh

Bahaya Bekas Polisterin Pada Tubuh

Bahaya Bekas Polisterin Pada Tubuh. Biasa kita lihat atau guna sendiri bekas polisterin untuk membungkus makanan atau tapau. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa banyak kesan buruk penggunaan bekas makanan polisterin bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi kepada tubuh badan manusia.

Bahaya Bekas Polisterin Pada Tubuh
bahaya bekas makanan polisterin

Kenapa Bekas Makanan Polisterin bahaya kepada tubuh badan ?

Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makananĀ  dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan.

Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi. Mengambil jangkamasa lama untuk lupus.

Anda sudah tahu akan kesan kepada manusia dan tidak hairanlah kenapa kerajaan Negeri Melaka telah mula mengharamkan penggunaan bekas makanan ini.

sumberĀ careiptb.blogspot.com

 

Check Also

Buah Betik mempunyai khasiat tersendiri

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik. Betik adalah antara buah-buahan yang mudah didapati di Malaysia. Tidak perlu menunggu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *