Home » Uncategorized » Bah Dan Rain Dah Datang .. Jaga-Jaga

Bah Dan Rain Dah Datang .. Jaga-Jaga

Sebelum tu nak ucap selamat tahun baru Maal Hijrah 1433 kepada semua.Semoga usaha kita pada tahun 1432H telah terlaksana dan tahun baru ini kita usaha lagi untuk tingkatkan kejayaan demi kejayaan..insyallah.Tahniah juga kepada Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin yang dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1433H 2011.Semoga usaha-usaha beliau akan menambahkan lagi kemajuan Islam di Malaysia.

Berbalik kepada cerita Bah dan Rain sudah datang..kita kena bersedia..bersedia dari segi mental dan fizikal..Bah atau pun banjir..Rain ( bukan penyanyi K-Pop tu ) dalam bahasa melayunya hujan kini mula melanda beberapa kawasan di Malaysia.Kelantan , Terengganu antara yang terjejas.Jadi tolong pastikan tiada anak-anak kita yang bermain dengan air banjir ni..jangan tambahkan lagi banjir dengan airmata anda kerana kehilangan mereka..cegah sebelum terjadi.

Selain itu hari ini juga Bah dan Rain akan melanda Stadium Bukit Jalil..Bah + Rain = Bahrain.Kekang mereka jangan pula banjir stadium nanti sebab harimau menangis.Semoga perjuangan dan impian Harimau Muda untuk menewaskan Bahrain hari ini akan terlaksana.Apa jua keadaan dan kesukaran harus ditempuh demi harapan negara..Malaysia boleh..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. Jaga keselamatan masa musim banjir ni. Good luck juga kepada harimau muda!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *