Bagai Bulan Jatuh Ke Riba

” Bulan Jatuh Ke Riba aku terpesona ..” jangan haraplah nak harap bulan jatuh ke riba.Dalam mimpi pun susah nak dapat inikan pula dalam alam nyata ni.Kalau betul2 pun besar sangat ke riba kita ni??..

Tapi ini cuma peribahasa yang mengambarkan mendapat sesuatu yang memang tak di jangka..kadang kadang mendapat benda yang tak masuk akal untuk kita dapat.Macam bulan jatuh ke riba itu sendiri logik ke bulan tu boleh jatuh ke riba kita? tapi kalau jatuh gak memanglah menjadi sesuatu yang tak dijangka..

Tapi segalanya ketentuan Allah di mana setiap perkara mahupun rezeki yang tak di jangka itu adalah pemberiannya.Mungkin juga dengan usaha di iringi doa kita di berikan perkara yang tak di jangka.Tetapi ingatlah..anggaplah setiap itu adalah ujian Allah kepada kita.Allah mahu melihat apa reaksi kita dengan apa yang di berikannya.

Contohnya dulu miskin tetiba dengan izinnya jadi kaya..Jadi kat sininak tengok cara kita bila dah kaya pula.Bersyukurkah..tau menjadi sombongkah.Begitu juga dalam dunia blog ni.Dulu traffic ciput..sekarang dah berduyun duyun yang datang dan baca n3 kita.Jadi kat situ berbezakah sikap kita masa tak di kenali dan selepas dah di kenali.

Apa apa pun janganlah kita sentiasa mengharap bulan jatuh ke riba.Usaha dengan gigih demi impian yang di pendam.Kalau asyik nak mengharapkan nasib terus berubah tanpa usaha.nanti semua jadi malas..

Hanya apa yang aku fikirkan…adakah anda juga begitu..