Breaking News
Home » Info Sukan » B Sathianathan Jurulatih Baru Felda United FC

B Sathianathan Jurulatih Baru Felda United FC

B Sathianathan Jurulatih Baru Felda United FC. Akhirnya terjawab sudah siapa bakal mengendalikan pasukan Liga Super Felda United setelah jurulatih sebelum ini Azmi Mohamad meletak jawatan. Ibarat sirih pulang ke gagang selepas dua tahun tidak mengendalikan mana-mana pasukan.

B Sathianathan jurulatih baru Felda United
B Sathianathan jurulatih baru Felda United

Sathianathan bakal melepaskan jawatan Ketua Jabatan Kejurulatihan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disandangnya sekarang untuk bersama Felda United dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2017.

Bukan tugas mudah buat Sathianathan dengan prestasi terkini Felda United yang agak goyah namun dengan ramai barisan pemain yang pernah bersamanya sebelum ini pasti memudahkan beliau membuat perancangan pasukan.

Coach Sathianathan pernah melatih Kelantan dan ATM sebelum ini pasti mempunyai ramuan yang sesuai dalam mengembalikan prestasi Felda United ketahap yang lebih baik. Rekod cemerlang beliau sebelum ini sangat ditagih.

Selepas kehilangan Azmi Mohamad, 3 nama berada dalam radar Felda United termasuk Sathianathan. Nampaknya hanya Sathianathan yang berani menerima cabaran untuk mengembalikan pasukan ke landasan yang sepatutnya.

Rata-rata komen dilaman sosial memberikan pandangan positif atas pengambilan Sathianatan selaku jurulatih. Laman facebook komuniti penyokong Felda United juga mengalu-alukan kehadiran jurulatih berpengalaman ini.

Semoga kehadiran Sathianathan dalam memberikan sesuatu yang positif. Bakal menerajui secara rasmi selaku jurulatih dalam aksi Liga Super menentang Perak pada 25 Februari 2017. Namun menurut sumber, beliau akan ke Singapore untuk bersama pasukan dalam aksi Piala AFC 2017 menentang Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar yang dijadualkan pada 21 februari 2017. Selamat maju jaya coach dari kami.

Check Also

Keputusan Liga Super 15 april 2017

Keputusan Liga Super 15 April 2017

Enam perlawanan akan berlangsung untuk aksi Liga Super Malaysia 2017. Beberapa perlawanan sudah pasti menjadi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *