Home » Info Sukan » Azizul Hasni Awang Tidak Mustahil Buat Kejutan

Azizul Hasni Awang Tidak Mustahil Buat Kejutan

Azizul Hasni Awang Basikal Trek Keirin | The Pocket Rocket Man – Pelumba basikal trek Malaysia Azizul Hasni Awang mampu membuat kejutan dalam Keirin Olimpik 2012. Andai berjaya meloloskan diri dalam pusingan kedua yang bakal berlangsung jam 11.30 malam waktu Malaysia 7 Ogos 2012 , tidak mustahil ThePocketRocketMan mampu menyumbang sesuatu untuk negara. Azizul bukan asing dalam acara keirin di peringkat dunia kerana dia juga pernah bergelar juara dalam beberapa kejohanan dunia. Jadi tidak mustahil kali ini di Olimpik Azizul mampu sampai ke kemuncak prestasi.
Dalam saingan pusingan kedua nanti Azizul diletakkan dalam heat yang pertama bersama jaguh keirin dunia dari Britain Chris Hoy. Sebelum itu Azizul melepasi pusingan pertama apabila menduduki tempat kedua heat ke 3 dengan catatan 10.226 saat. 
Mampukah Azizul Hasni Awang mengalas cabaran dan impian ini. Saksikan aksinya jam 11.30 malam ini. 
Sokong ThePocket RocketMan..Sokong Team Malaysia

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

One comment

  1. hopefully he will done well,.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *