Home » Info Hiburan » Azad Jazmin Dan Eira Syazira Kemalangan

Azad Jazmin Dan Eira Syazira Kemalangan

Gambar Azad Jazmin Dan Eira Syazira Kemalangan. Pasangan pelakon suami isteri Azad dan Eira terbabit dalam kemalangan jalanraya di Terowong Ipoh. Kemalangan disyaki oleh keadaan jalan yang licin akibat minyak tumpah. Menurut pelakon itu kereta yang dipandunya berpusing sebanyak lima kali.

“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas”- Azad Jazmin

Namun dalam kemalangan ini mereka selamat dari sebarang kejadian buruk. Ketika kemalangan anak dan adik lelakinya turut berada dalam kereta itu. Azad dan Eira Syazira merancang untuk mengadakan doa selamat ketika Hari Raya Aidiladha.

Alhamdulillah semua selamat. Kami berharap Azad dan Eira bertenang dan tabah dengan dugaan ini.

Gambar kemalangan Azad dan Eira Syazira
Gambar kemalangan Azad dan Eira Syazira

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *