Breaking News
Home » Uncategorized » Azab Dosa Silam | Harian Metro | 23-04-2011

Azab Dosa Silam | Harian Metro | 23-04-2011

AZAB DOSA SILAM
Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”.Ayat ini jelas menyatakan betapa buruknya perbuatan zina.Kalau lakukan juga akan mendatangkan akibat yang buruk di kemudian hari..Inilah apa yang terjadi kepada seorang pemuda yang mengidap penyakit kelamin seperti yang di laporkan harian metro 23-04-2011.
Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.Apa nak di sesalkan..mungkin inikah balasan dariNya?

Doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.Pemuda ini juga bercadang untuk menceraikan isterinya akibat dari penyakit dan kegagalannya memberi zuriat kepada isterinya.

Oleh itu jadikan lah ini sebagai satu tauladan agar kita dapat menahan diri dari terjebak ke dalam perkara yang memang di laknat Allah ini.Semoga kita sentiasa di lindungi Allah.Takutlah kita kepada hukum Allah.Dinyatakan juga 3 bala yang akan diberi kepada penzina di dunia ialah Allah akan mengurangkan rezekinya , hilang keberkatan dalam hidup dan siksaan sewaktu nyawanya di cabut.. ini baru di dunia..akhirat pertimbangannya lebih berat.

Muka depan metro 23-04-2011

METRO

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

2 comments

  1. walaupun berat dosa silam yang dibuat, tapi pemuda itu masih boleh dipuji atas kesanggupan ceraikan isteri dia atas kekhilafan yang lepas.

  2. dijauhkan..~

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *