Ayam Tak Patuk Itik Tak Sudu

Kekadang apa yang kita buat ni orang tak kisah pun.Sekilas pandang atau sekali imbas pun kalau dia ambil tahu dah kira untung.Jadi bila lagi nak tonjolkan diri..jangan malu jangan segan..biar ayam tak patuk itik tak sudu..tapi kita guna garpu..haha.

mcm biasa patuk kat google

Apa nak kisah orang suka ke tak kat blog kita.Mungkin si ayam tak suka..itik suka..itik tak suka..ayam lak suka..kalau dua2 tak suka..sembelih buat gulai je.Apa yang penting kita buat atas dasar apa yang kita rasa dan perlu di kongsikan.Sifat segan dan malu nak mencuba dan berubah memang takkan bawa kita kemana pun.Pandang depan..jalan biar lurus..kalau banyak sangat cilok-cilok nanti sesat..

Jadi apa yang penting..jadilah diri sendiri..tetapi jangan ego kerana pandangan orang lain juga berguna untuk kita…blog kita wajah kita..yeah..usaha..usaha..usaha..jangan macam cacing berangan nak jadi naga..haha..sampai bila-bila pun pi mai pi mai tang tu je..apa yang aku melalut ni..faham ke tak..buat-buat faham je..