Breaking News
Home » Berita » Awas Milo Tiruan

Awas Milo Tiruan

Awas Milo Tiruan. Milo antara minuman kegemaran ramai orang tidak kira peringkat umur. Tapi baru-baru ini pengeluar MILO telah memberi amaran akan kewujudan Milo Tiruan yang bentuk fizikalnya memang sama dengan milo asli. Jadi pengemar tegar milo kena berhati-hati.

Sebelum itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.

CARA BEZA MILO ASLI DAN TIRUAN
Milo Malaysia memberitahu cara mudah untuk membezakan bungkusan Milo asli dengan bungkusan Milo palsu dengan membezakan bungkusan plastik Milo asli dilakukan oleh mesin dan bahagian atas bungkusan tersebut tidak sempurna. Pendedahan berkenaan juga menunjukkan bungkusan plastik Milo tiruan akan mempunyai bahagian atas mempunyai kesan gerigi yang sempurna.

PERSOALAN : kenapa guna mesin tidak sempurna ?

Bagaimana pula jika ianya bukan dari bungkusan plastik? Sebagai contoh jika dalam tin?

cara beza Milo asli dan milo palsu
cara beza Milo asli dan milo palsu

sumber Sinar Online 

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *