Breaking News
Home » Berita » Australia Tolak Dakwaan MH370 Di Teluk Benggala

Australia Tolak Dakwaan MH370 Di Teluk Benggala

Australia Tolak Dakwaan MH370 Di Teluk Benggala | Bay Of Bengal – Kerajaan Australia yang kini mengetuai operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan laut yang menjumpai serpihan MH370 di Teluk Benggala. 

Dakwaan ini dilakukan oleh syarikat dari Australia GeoResonance yang berpengkalan di Adelaide yang turut dilaporkan oleh beberapa media , mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian di Lautan Hindi. 

Jurucakap kerajaan Australia menyatakan yang di petik dari AFP  lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia. Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu. Lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *