Home » Uncategorized » AUKU Tidak Sah Dan Bertentangan Dengan Perlembagaan

AUKU Tidak Sah Dan Bertentangan Dengan Perlembagaan

AUKU tidak sah itulah keputusan mahkamah rayuan hari ini.Apa itu AUKU ? AUKU adalah Akta Universiti & Kolej Universiti yang digubal oleh kerajaan Malaysia dan diperkenan oleh raja pada 27 April 1971.Mahkamah Rayuan yang diadili oleh 3 orang hakim memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kes ini berkaitan dengan rayuan 4 pelajar UKM yang mana mahu memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15(5)(a) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.Ini berdasarkan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan warga negara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dan itu adalah penzahiran dan pembabitan dalam politik.
Empat pelajar UKM ini didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun 2010.Mereka ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai lalu yang mendapati mereka tidak bersalah.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

4 comments

  1. mengarut semua ni..

  2. erm.belaja elok2 sibuk buat benda lain buat hape lah hai… :p

  3. tu dia!!! awat jadi lagu tu?…

  4. AUKU dicipta untuk menghalang mahasiswa dan mahasiwi dari berpolitik time mereka belajar kan..emm..patutnya diberi kebebasan aje mereka main politik tuh..lagipun umur dah 21 dah hehe..boleh ngundi dah tuh hehe..kerajaan usah gentar, kerna kalau kerajaan prihatin dengan rakyat, bebudak U pasti sokong penuh..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *