Home » Berita » Asteroid Bersaiz 500 Meter Hampiri Bumi

Asteroid Bersaiz 500 Meter Hampiri Bumi

Asteroid Bersaiz 500 Meter Hampiri Bumi. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan hari ini berkata Asteroid 2004 BL86 bersaiz 500 meter diameter (0.5 kilometer) yang menghampiri Bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada Selasa 27 Januari 2015.

Menurut laporan itu lagi , jarak asteroid berkenaan dari bumi ketika itu dianggarkan sejauh 1.2 juta kilometer atau kira-kira tiga kali jarak bumi ke bulan. Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi.

Bagi mereka yang ingin mencerap, boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh dari pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada Bumi.

Asteroid 2004 BL86
Asteroid 2004 BL86

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *