Breaking News
Home » Info Sukan » Asraruddin Putra Omar Akan Ke Eropah ?

Asraruddin Putra Omar Akan Ke Eropah ?

Asraruddin Putra Omar Akan Ke Eropah – Mungkinkah pemain pertahanan kiri kebangsaan dan Selangor Asraruddin Putra Omar akan bermain di eropah ? Seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar bahawa Asraruddin kini sedang dipancing oleh dua kelab yang berminat dengannya.

Asraruddin, 24, diintai dua kelab iaitu Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), Internacional FC yang berpusat di Santander. Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor. Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses.

Kelab Internacional FC yang baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu merupakan juara Divisyen Enam Sepanyol pada musim 2011/12.OS Belenenses merupakan antara kelab yang pernah meraih pelbagai kejuaraan di Portugal seperti Piala Portugal sebanyak tiga kali dan menjuarai Piala Intertoto pada 1975.

Namun perkara ini masih diperingkat awal. Tunggu dan lihat sahaja perkembangan terkini dalam masa terdekat. 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *