Breaking News
Home » Info Sukan » Arsenal Layak Ke Pusingan Kelima Piala FA

Arsenal Layak Ke Pusingan Kelima Piala FA

Arsenal Layak Ke Pusingan Kelima Piala FA. Peminat The Gunner pasti tersenyum lebar apabila pasukan mereka layak ke peringkat seterusnya saingan Piala FA Inggeris. Mereka layak setelah menang dalam perlawanan yang mendebarkan ketika menentang pasukan liga bawahan Brighton and Hove Albion. Arsenal sekadar mencatat kemenangan tipis 3-2.

Pada perlawanan pusingan keempat di Stadium Amex , Arsenal mendahului seawal minit kedua menerusi jaringan Theo Walcott selepas menyudahkan hantaran Calum Chambers. Pemain antara bangsa Jerman, Mesut Ozil kemudiannya menggandakan jaringan apabila menyudahkan hantaran Santi Cazorla pada minit ke-24 untuk gol kedua Arsenal.

Pada separuh masa kedua, Brighton and Hove Albion kembali memberi saingan dan berjaya merapatkan kedudukan 1-2.Tomas Rosicky melengkapkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-59. Pada minit ke-75, Brighton bangkit menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Sam Baldock. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan 3-2 memihak Arsenal.

Arsenal vs Brighton and Hove Albion
Aksi perlawanan Arsenal vs Brighton and Hove Albion

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *