Home » Teknologi » Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat adalah aplikasi mesej percuma yang dibangunkan untuk platform IOS dan juga Android. Mungkin pengguna telah biasa dengan aplikasi bual seperti wechat dan Whatsapp pasti teruja untuk mengetahui apa kelebihan produk Malaysia ini.

sembangchat

SembangChat sebagai aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pendapatan tambahan melalui S-Coint dan ia boleh ditunaikan ke akaun bank pengguna applikasi ini. selain itu, pengguna juga boleh menjana pendapatan dengan memperkenalkan kepada rakan anda aplikasi SembangChat, memuat turun permainan yang disediakan dan berkongsi iklan tajaan.

SembangChat turut menyediakan ruangan Merchant yang membolehkan pemilik perniagaan menggunakan akaun perniagaan mereka untuk pengiklanan yang akan dipaparkan pada semua Timeline pengguna SembangChat. Secara tidak langsung membantu peniaga mendapatkan medium iklan yang jauh lebih murah.

SembangChat juga menawarkan Akaun Penyiaran kepada agensi kerajaan dan sumber berita Malaysia dalam penyebaran berita terkini dan maklumat penting kepada pengguna.

Banyak kelebihan applikasi ini untuk pengguna di Malaysia. Ada beberapa lagi fungsi terbaru bakal diperkenalkan dari masa ke semasa oleh pembangun applikasi ini.

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *