Home » Teknologi » Aplikasi MyKira GST

Aplikasi MyKira GST

Aplikasi MyKira GST. Bermula 1 April 2015 , GST bakal dilaksanakan di Malaysia mengantikan SST. Mungkin ramai yang masih keliru akan sistem cukai ini kerana masih baru atau kecelaruan maklumat dari berbagai sumber. Bagi memudahkan orang ramai membuat semakan segera impak GST terhadap barangan dan perkhidmatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan aplikasi telefon mudah alih MyKira GST.

Aplikasi MyKira GST dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad bagi memudahkan pengguna membuat keputusan sebelum membeli sesuatu barangan. Ciri utama aplikasi ini antara lain membolehkan orang ramai menyemak lebih 10,000 harga barangan yang berada di pasaran.

Aplikasi itu boleh dimuat turun atau download secara percuma daripada Google Play Store untuk smartphone android mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.

download MyKira GST
aplikasi MyKira GST boleh dimuat turun melalui Google Play

MyKira GST – Membantu anda menjadi pengguna yang bijak.

Aplikasi MyKira GST adalah satu usaha inovasi NBOS oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) untuk membantu rakyat Malaysia memantau harga barangan dalam negara. Aplikasi ini memerlukan talian internet bagi pengiraan dan senarai produk.
Spesifikasi Operating System adalah Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan ke atas.

Fungsi asas aplikasi ini adalah:
– Menyemak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
– Memberi panduan kepada pengguna sebelum membuat aduan kepada pihak KPDNKK.
– Memberi saluran interaktif yang mudah untuk mesra pengguna
– Menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat aduan.

Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi boleh diajukan kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my

Bagi membantu anda menghadapi sistem cukai GST bermula 1 April 2015, anda boleh muat turun aplikasi ini kedalam smartphone anda melalui google play.

 

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *