Breaking News
Home » Teknologi » Aplikasi MeterOn Untuk Penumpang Teksi

Aplikasi MeterOn Untuk Penumpang Teksi

Aplikasi MeterOn Untuk Penumpang Teksi. Pengangkutan awam sememangnya sesuatu yang sangat diperlukan pada zaman ini. Selain mudah, iainya juga mampu mengurangkan kadar kesesakan lalulintas. Namun berbagai tanggapan buruk berkaitan keselamatan dan harga tambang terutama yang mengunakan meter menjadikan pengangkutan awam sesuatu yang digeruni pengguna.

aplikasi MeterOn
aplikasi MeterOn

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memperkenalkan Aplikasi MeterOn khas untuk pengguna teksi bagi memantau perjalanan mereka supaya lebih selamat. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma untuk pengguna Android dan iOS.

Ciri-Ciri Aplikasi Yang Terdapat Dalam MeterOn

  • Mendapatkan maklumat mengenai status pemandu seperti aduan semasa, maklum balas pengguna.
  • Jejak perjalanan anda supaya sampai ke destinasi dengan selamat.
  • Anggaran tambang mengikut jarak perjalanan dan kelas teksi
  • Memberi penilaian kepada pemandu
  • Isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan
  • Membuat laporan dan aduan dengan mudah

Melalui aplikasi ini pengguna boleh mengesahkan identiti pemandu teksi melalui nombor pendaftaran pada teksi maklumat seperti aduan mengenai pemandu, maklum balas dari penumpang dan lain-lain. Sekiranya teksi dipandu oleh individu yang tidak dikenali, anda boleh membuat laporan pantas melaui aplikasi tersebut. Penumpang juga boleh memantau perjalanan mereka dan berkongsi lokasi terkini ketika didalam teksi bersama kenalan utama. Anda juga boleh menyemak anggaran tambang melalui aplikasi ini.

sumber

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *