Breaking News
Home » Teknologi » Aplikasi Groups Facebook Smartphone

Aplikasi Groups Facebook Smartphone

Media sosial Facebook merupakan laman media sosial yang paling ramai pengguna di dunia dan juga Malaysia adalah antara penyumbang utama jumlah itu. Berbagai ciri terdapat dalam Facebook sejak ianya mula mendapat sambutan ramai. Terkini , Facebook memperkenalkan satu lagi aplikasi iaitu Groups atau kumpulan.

Aplikasi Groups Facebook Smartphone

Groups atau kumpulan yang dimaksudkan adalah kumpulan yang sedia ada didalam facebook namun melalui aplikasi ini , kumpulan ini dipisahkan sebagai satu applikasi tunggal. Ini bermakna pengguna yang menggunakan applikasi ini hanya membuka halaman kumpulan facebook yang mereka sertai.

Groups Facebook memudahkan pengguna yang aktif dalam kumpulan untuk menumpukan pada kumpulan mengikut minat masing-masing. Mungkin ada kumpulan yang hanya melibatkan blogger sahaja , resepi , hiburan , santai , teknologi atau lain-lain.

Aplikasi baharu ini akan menjadikan proses mengakses Groups lebih mudah pada peranti mudah alih tanpa pengguna perlu bersusah payah membuka aplikasi Facebook dan mencari kumpulan diingini satu demi satu.

Groups facebook

sumber BH

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *