Menu Tutup

Apa Yang Panas ?

Api semasa kecil menjadi kawan..dah besar menjadi lawan..

Cuaca memang panas sekarang..Tapi di selang seli dengan hujan yang lebat.Musim memang dah tak menentu.Tak macam dulu2kan ada musim hujan ada musim panas kat malaysia ni.Pokok buah pun dah main ikut suka je berbuah..tak der ikut2 musim dah..Apakah tandanya itu ye??

Sekarang cerita paling panas pula ialah tentang vidoe seks seorang pemimpin.Pemimpin?? biasalah siapa lagi kalau bukan Datuk T ehh silap Datuk Seri Anwar ibrahim.Macam2 kenyataan dan macam macam cerita dah keluar.Itu tak kira lagi penafian dari pihak yang terlibat.Aku rasa kes ini dari hangat terus jadi hangit dah aku rasa sekarang..Kenapa apakah semua ni??? Fikir fikirlah sendiri ikut pandangan masing masing..lepas tu simpan sebagai pedoman.Kita tengok apa kesudahannya..Boleh tengok dan baca2 dari banyak blog yang bincangkan hal ni..

Terkini pula Fenomena dunia hiburan kita dengan Usop wilchanya..haha..lepas anugerah bintang popular hari tu nama usop terus meletop.Ini semua selepas lakonan dan dialog dia dalam Hantu Mak Limah Balik Rumah..Sapa setuju Usop ni tengah top sekarang??? Siapa setuju “sila angkat tangan macam saya”.

Lagi..apa ye..ermm..biasalah tentang pilihanraya DUN Sarawak..Parti2 dah ada yang keluarkan senarai calon masing masing.Selepas penamaan calon akan berlangsunglah kempen yang hangat.Macam2 janji akan keluar..Tapi harus ingat..lepas mengundi yang menang jangan lupa janji..oklah tak mo cerita panjang nanti jadi macam blog politik lak..aku ni neutral..ikut mana yang berkhidmat bukan yang berhormat..

oklah..banyakkan infomasi dari tulis bikin kontraversi..!!

14 Comments

  1. Piasara

    “rasa meluat nak tgk tv..tgk berita sbb nak tau perkembangan dunia,tapi balik2 cerita panas yg tu jugak diulang2…hanya Allah yg maha mengetahui..”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *