Home » Santai » Apa Yang Aku Dapat Dalam Dunia Blog

Apa Yang Aku Dapat Dalam Dunia Blog

Apa yang aku dapat dalam dunia blog? itu soalan yang aku tanyakan pada diri sendiri.Bukan apa sekurang kurangnya tak lah selama ini buat blog hanya semata mata nak post entry dan fikir tentang trafik.Benda benda ni asas sangat.Bagi aku ada lagi yang lebih penting..

Selalunya kita akan jawab dapat sahabat dengan blogging.yeah itu tak di nafikan..tapi dengan sahabat sahabat blogger itu kita dapat ilmu sebenarnya… kita sedia maklum bahawa latarbelakang setiap blogger adalah berbeza.Latar belakang sosial yang berbeza ini akan menghasilkan konsep dan gaya penulisan yang berbagai..Dari yang berpendidikan tinggi hingga ke yang biasa biasa.Semua ada blog.Semua ada menulis pandangan dan perahan minda masing masing.

Dengan secara tak langsung kita dapat memahami cara dan pemikiran orang yang berbeza beza.Barulah minda kita berkembang tanpa terhimpit hanya dengan pandangan kita sendiri.Pro dan kontra itu perlu ada.Baru terbangun dan terzahir idea idea baru yang lebih bernas.Kita boleh lihat berbagai konsep blog ada..peribadi,hiburan,ilmuan,kesihatan,automobil,agama dan macam macam lagi konsep mengikut kehendak si penulis.Semua itu ilmu..tapi awas,,ambil ilmu yang berguna sahaja..abaikan perkara perkara yang tak berfaedah.

kekadang walaupun entry si penulis sekadar catatan ringan2 mahu pun lawak2 sengal..namun ada terselit juga ilmu2 dan tauladan yang boleh kita ambil.Jadi sebagai pembaca kita kena fahami apa yang tersirat juga..kerana yang tersurat sememangnya dah terpampang di entry yg di tulis.Di sinilah perlunya ketajaman fikiran.Penerimaan dan kefahaman itu perlu betul..insyaallah setiap apa yang kita baca itu akan menjadi ilmu untuk kita..

pandangan aku..!! Anda bagaimana??? ada pandangan..bantahan..sila komen2 ..har har..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

13 comments

  1. ss sokong!
    tapi dalam mase yg same, janganlah kite mengabaikan kawan2 di alam realiti..;)

  2. ye…pasti ada sesuatu manfaat buat pembaca dr entri pendek kita~~

  3. Ekau dapek ilmu tak kek blog sey…? Blog sey banyak gamba kucing yoo.. har.. har.. har….

  4. itulah, hdp sunyi tanpa kawan. tak kisahlah yg nama maya @ realiti

  5. “dulu ms takde internet,ank2 selalu pegi cc sbb nak buat projek skolah,dah ada internet pulak bkn selalu diorang ada kerja2 skolah yg guna internet..drpd tersadai jer..akak pun ambil kesempatan..bukak fb dan blog..ternyata blog lg best,pendapat akak sama sebiji macam ko kiz..”

  6. setuju sgt lah dgn kiz…no komen..

  7. betul2…hehehe…kdg2 nak pahami tulisan kwn2 lain memerlukan otak bekerja dgn pantas….

    takut salah tafsir pulak…hehehe…

  8. setujuuuuuu….memang btl sgt la tu..mcm saya ni haa boleh di katakan selalu je buat entry ringan tp kalau di amati btl2 ada pelajaran dan iktibar yg boleh di ambil 🙂

  9. Ada juga entri satu baris,hanya beberapa perkataan, tapi penuh makna.

  10. stuju3!!^_^

  11. gua nak luahkan apa yang gua rasa dan gua nak kongsi dengan pembaca.. hehee… gua suka entry yang santai.. kalo yang berat tu kena amik masa utk berfikir… ngee

  12. banyak orang rasa apa yang kita lakukan adlah hak privacy masing2…

    tapi jangan lupa.. setiap tingkah laku, percakapan secara lisan atau tak… sememangnya akan berkaitan dengan orang lain… maka adalah elok jika blog itu santai tapi berinfomasi…

    jangan sesekali kita berperinsip, aku x nak jadi hipokrit… tapi itu yang buat dosa kita bertambah…

    maaf jika salah dalam berkata2…

  13. entry sitot byk kartun..haha..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *