Breaking News
Home » Berita » Apa Maksud Om Telolet Om Yang Menjadi Viral

Apa Maksud Om Telolet Om Yang Menjadi Viral

Pertama kali ternampak perkataan Om Telolet Om di komen media sosial facebook apabila ramai yang menggunakannya. Pada mulanya tidak mahu ambil tahu namun semakin hari semakin menjadi-jadi. Apa Maksud Om Telolet Om Yang Menjadi Viral ini.

Menggunakan google search dengan carian maksud Om Telolet Om, hasil carian menunjukan keputusan dari laman web berita atau blog dari Indonesia yang menguasai. Ini bermakna, ayat yang viral ini bermula di Indonesia. Apa sebenarnya Telolet ini.

Apa Maksud Om Telolet Om
Apa Maksud Om Telolet Om

Menurut beberapa laman web dan blog Indonesia, Om Telolet Om ini muncul apabila fenomena ‘berburu’ oleh sekelompok anak-anak sekolah yang mahu merakam video bunyi horn klakson bas. Sebuah video yang diambil di daerah Jepara, Jawa Tengah dikatakan menjadi video yang memulakan fenomena ini sehingga kini menjadi viral satu dunia.

Dalam video tersebut, tampak anak-anak kecil yang sepulang sekolah berdiri di pinggir jalan untuk mendapatkan bunyi khas klakson ‘telolet’ dibunyikan oleh pemandu bus yang lalu disitu. Didalam video itu mereka berteriak kepada pemandu ‘Om telolet Om’. Ada juga yang hanya berdiri di tepi jalan memegang kertas bertuliskan Om telolet om.

Mula menjadi viral keluar dari Indonesia apabila trending di twitter dengan hashtag #telolet apabila terkenal DJ seperti DJ Snake, Dillon Francis, Zedd dan Chainsmoker memposting tweet telolet tanpa mereka sendiri tahu maksudnya.

Tweet Om Telolet Om
Tweet yang dibuat oleh DJ terkenal berkaitan Om Telolet Om yang menjadikan trending dan viral didunia

Begitulah sebenarnya penularan fenomena Om Telolet Om yang menjadi kegemaran kanak-kanak di Indonesia yang setia menanti bunyi klakson bas di tepian jalan. Banyak sahaja video berkaitan di Youtube, boleh tonton disana. Salah satunya adalah video Om Telolet Om ini.

Check Also

keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017. Saingan diteruskan dengan enam perlawanan berlangsung. Beberapa venue juga …