Breaking News
Home » Berita » Apa Itu GST Good And Service Tax

Apa Itu GST Good And Service Tax

Apa Itu GST atau Good And Service Tax dan Kebaikannya – GST di Malaysia mula manjadi bualan hangat setelah kerajaan mengumumkan perlaksanaannya pada bajet 2014. GST bakal bermula pada 1 April 2015. Berbagai spekulasi pro dan kontra dapat kita lihat dalam media sosial. Tapi ramai juga yang memberi gambaran kurang tepat apa itu Good And Tax Service ( GST ).
APA ITU GST 
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Banyak kebaikan bial GST dilaksanakan.
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

GST Good And Service Tax

Diolah dari sumber
link link

pesanan : dapat info lanjut berkaitan GST dari laman-laman yang disediakan oleh kerajaan. Elakan kekeliruan. Blog ini hanya berkongsi maklumat asas berkaitan GST sahaja. Harap maklum.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *