Breaking News
Home » Info Hiburan » Apa Hubungan Zizan Dengan Putri Yasmin

Apa Hubungan Zizan Dengan Putri Yasmin

Apa Hubungan Zizan Dengan Putri Yasmin. Hubungan rapat pelawak terkenal itu dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin telah menimbulkan gossip yang menyatakan bahawa Zizan Razak ada hubungan istimewa dengan wanita terbabit.

Dalam satu kenyataan Zizan yang dipetik dalam Kosmo, beliau menafikan ada hubungan istimewa dengan Putri Yasmin. Mereka rapat atas urusan kerja sahaja tidak lebih dari itu. Zizan turut menyatakan dia menganggap Yasmin seperti kakaknya sendiri.

“Saya hairan bagaimana cerita sebegini boleh tersebar dan saya melihat ia sebagai perkara yang mengarut dan kelakar.Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia merupakan bos saya, malah saya anggap dia seperti seorang kakak,” – Zizan Razak

Zizan tidak lama lagi bakal muncul dalam filem terbaru CicakMan 3 sebagai watak utama. Begitu juga dalam filem Warewolf Dari Bangladesh.

Zizan juga enggan membuat sebarang kenyataan berkenaan hubungannya dengan Emma Maembong, meskipun pelakon cantik itu pernah menyatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Zizan Razak Putri Yasmin
Zizan razak nafi ada hubungan istimewa dengan Putri Yasmin

Sumber Kosmo

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit.¬†Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *